Tips dan tutorial kali ini pada pendapat saya berfungsi untuk membantu mempercepatkan loading blog, tetapi pada masa yang sama menggunakan widget-widget yang bermanfaat. Sebagai contoh, mungkin blog anda ada widget Recent Posts, tetapi pada masa yang sama menggunakan “Read More”. Kalau guna dua-dua pada masa yang sama, kita akan kehilangan masa untuk loading. Yelah, cuba bayangkan kalau ada “Read More”, lepas tu letak hanya 5 entries pada recent post, tak ke membazir tu sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu mengajak pengunjung membaca recent entries dalam blog kita.
*Tutor ini untuk pengguna Wordpress dan Blogspot.
Contoh dari blog ini, saya gunakan “Read More” dan Recent Posts widget:
Home Page
Kalau dilihat dari segi loading, recent post widget ini memakan masa yang banyak juga:
Jadi untuk menjimatkan loading speed, kita boleh menyorokkan widget ini di Home Page, jadi bila kita bukak permalink entry sahaja widget Recent Post tu akan muncul! Contoh:
Home Page
Preview: All post pages, kecuali Home
Loading speed di Home Page – Tiada loading time untuk Recent Posts widget. Seperti mana yang kita tahu, iklan nuffnang merupakan penyumbang kepada kemerosotan prestasi loading speed blog. Hehe
Tips dan Tutorial
Wordpress: Boleh guna plugin Widget Context.
Blogspot:
Show widget at Home Page only.
1. Design > Edit HTML > Expand widget templates
2. CTRL + F : Taip nama widget, contoh: Recent Posts
3. Bila dah jumpa nama widget, sila tambaj kod yang di highlight kan dengan warna merah seperti dibawah:
Kod 1: <b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
Kod 2: <b:if>
Kod 1: <b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
Kod 2: <b:if>

To display widget in Post Pages but not in HomePage
Sila ikuti langkah di atas, tapi sila guna kod berikut:
Kod 1: <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
Kod 2: <b</b:if>

0 Comments Received
Leave A Reply